Terma perkhidmatan
GAMBARAN KESELURUHAN
Selamat datang ke TORRAS Singapore! TORRAS Singapore ialah kedai dalam talian yang dikendalikan oleh RUBIKSCUBESG PTE. LTD. (UEN: 202612684N). Istilah "kami" dan "milik kami" merujuk kepada RUBIKSCUBESG PTE. LTD. RUBIKSCUBESG PTE. LTD. mengendalikan kedai dan laman web ini, termasuk semua maklumat, kandungan, ciri, alat, produk dan perkhidmatan yang berkaitan, untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang dipilih dengan teliti kepada anda sebagai pelanggan ("Perkhidmatan"). TORRAS Singapore dikuasakan oleh Shopify, yang membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda.
Terma dan syarat di bawah, bersama-sama dengan mana-mana dasar yang dirujuk di sini ("Terma Perkhidmatan" atau "Terma"), menerangkan hak dan tanggungjawab anda apabila menggunakan Perkhidmatan.
Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti kerana terma ini mengandungi maklumat penting tentang hak undang-undang anda dan merangkumi perkara seperti penafian waranti dan had liabiliti.
Dengan melawati, berinteraksi dengan atau menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini dan Dasar Privasi kami. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Perkhidmatan atau Dasar Privasi ini, anda tidak sepatutnya menggunakan atau mengakses Perkhidmatan kami.
SEKSYEN 1 - AKSES DAN AKAUN
Dengan bersetuju kepada Terma Perkhidmatan ini, anda menyatakan bahawa anda sekurang-kurangnya telah mencapai umur dewasa di negeri atau wilayah tempat tinggal anda, dan anda telah memberikan persetujuan kepada kami untuk membenarkan mana-mana tanggungan bawah umur anda menggunakan Perkhidmatan pada peranti yang anda miliki, beli atau uruskan.
Untuk menggunakan Perkhidmatan, termasuk mengakses atau melayari kedai dalam talian kami atau membeli mana-mana produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan, anda mungkin diminta memberikan maklumat tertentu seperti alamat e-mel serta maklumat pengebilan, pembayaran dan penghantaran. Anda menyatakan dan menjamin bahawa semua maklumat yang anda berikan di kedai kami adalah betul, terkini dan lengkap, dan bahawa anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk memberikan maklumat tersebut.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan bukti kelayakan akaun anda dan untuk semua aktiviti dalam akaun anda. Anda tidak boleh memindahkan, menjual, menyerah hak atau melesenkan akaun anda kepada mana-mana orang lain.
SEKSYEN 2 - PRODUK KAMI
Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan gambaran yang tepat tentang produk dan perkhidmatan kami di kedai dalam talian kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa warna atau rupa produk mungkin berbeza daripada paparan pada skrin anda disebabkan oleh jenis peranti yang digunakan untuk mengakses kedai serta tetapan dan konfigurasi peranti anda.
Kami tidak menjamin bahawa rupa atau kualiti mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda beli akan memenuhi jangkaan anda atau sama seperti yang digambarkan atau dipaparkan di kedai dalam talian kami.
Semua perihalan produk tertakluk pada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis, mengikut budi bicara mutlak kami. Kami berhak untuk menghentikan mana-mana produk pada bila-bila masa dan boleh mengehadkan kuantiti mana-mana produk yang kami tawarkan kepada mana-mana individu, kawasan geografi atau bidang kuasa berdasarkan kes demi kes.
SEKSYEN 3 - PESANAN
Apabila anda membuat pesanan, anda sedang membuat tawaran untuk membeli. TORRAS Singapore berhak menerima atau menolak pesanan anda atas apa-apa sebab mengikut budi bicaranya. Pesanan anda hanya diterima selepas TORRAS Singapore mengesahkan penerimaan. Kami mesti menerima dan memproses pembayaran anda sebelum pesanan diterima. Sila semak pesanan anda dengan teliti sebelum menghantarnya kerana TORRAS Singapore mungkin tidak dapat memenuhi permintaan pembatalan selepas pesanan diterima. Jika kami tidak menerima, mengubah atau membatalkan pesanan, kami akan cuba memaklumkan anda melalui e-mel, alamat pengebilan dan/atau nombor telefon yang diberikan semasa pesanan dibuat.
Pembelian anda tertakluk pada pemulangan atau pertukaran hanya mengikut Dasar Bayaran Balik kami.
Anda menyatakan dan menjamin bahawa pembelian anda adalah untuk kegunaan peribadi atau isi rumah sendiri dan bukan untuk jualan semula komersial atau eksport.
SEKSYEN 4 - HARGA DAN PENGEBILAN
Harga, diskaun dan promosi tertakluk pada perubahan tanpa notis. Harga yang dikenakan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan ialah harga yang berkuat kuasa semasa pesanan dibuat dan akan dinyatakan dalam e-mel pengesahan pesanan anda. Melainkan dinyatakan dengan jelas sebaliknya, harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai, kos penghantaran, pengendalian, kastam atau caj import.
Harga yang dipaparkan di kedai dalam talian kami mungkin berbeza daripada harga yang ditawarkan di kedai fizikal atau di kedai dalam talian atau kedai lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Dari semasa ke semasa, kami mungkin menawarkan promosi melalui Perkhidmatan yang boleh mempengaruhi harga dan tertakluk pada terma dan syarat yang berasingan daripada Terma ini. Jika terdapat percanggahan antara terma promosi dengan Terma ini, terma promosi akan diguna pakai.
Anda bersetuju untuk memberikan maklumat pembelian, pembayaran dan akaun yang terkini, lengkap dan tepat bagi semua pembelian yang dibuat di kedai kami. Anda bersetuju untuk mengemas kini akaun dan maklumat lain dengan segera, termasuk alamat e-mel, nombor kad kredit dan tarikh luput, supaya kami dapat menyelesaikan transaksi anda dan menghubungi anda apabila perlu.
Anda menyatakan dan menjamin bahawa (i) maklumat kad kredit yang anda berikan adalah benar, tepat dan lengkap, (ii) anda diberi kuasa sewajarnya untuk menggunakan kad kredit tersebut bagi pembelian, (iii) caj yang anda tanggung akan ditunaikan oleh syarikat kad kredit anda, dan (iv) anda akan membayar caj yang ditanggung pada harga yang dipaparkan, termasuk caj penghantaran dan pengendalian serta semua cukai yang berkenaan, jika ada.
SEKSYEN 5 - PENGHANTARAN DAN PENYERAHAN
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan penghantaran dan penyerahan. Semua tempoh penyerahan hanyalah anggaran dan tidak dijamin. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan yang disebabkan oleh pengangkut, pemprosesan kastam atau peristiwa di luar kawalan kami. Sebaik sahaja kami menyerahkan produk kepada pengangkut, hak milik dan risiko kehilangan berpindah kepada anda.
SEKSYEN 6 - HARTA INTELEK
Perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua tanda dagangan, jenama, teks, paparan, imej, grafik, ulasan produk, video dan audio, serta reka bentuk, pemilihan dan susunannya, dimiliki oleh TORRAS Singapore, ahli gabungan atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh undang-undang paten, hak cipta dan harta intelek lain yang berkenaan.
Terma ini membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial sahaja. Anda tidak boleh menghasilkan semula, mengedar, mengubah suai, menghasilkan karya terbitan, mempamerkan atau mempersembahkan secara awam, menerbitkan semula, memuat turun, menyimpan atau menghantar apa-apa bahan dalam Perkhidmatan tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas di sini, tiada apa-apa dalam Terma ini memberikan atau boleh ditafsirkan sebagai memberikan lesen atau hak lain kepada anda di bawah mana-mana paten, tanda dagangan, hak cipta atau harta intelek lain milik TORRAS Singapore, Shopify atau mana-mana pihak ketiga. Penggunaan Perkhidmatan tanpa kebenaran mungkin melanggar undang-undang harta intelek yang berkenaan. Semua hak yang tidak diberikan secara jelas di sini adalah terpelihara oleh TORRAS Singapore.
Nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk dan slogan TORRAS Singapore ialah tanda dagangan TORRAS Singapore atau ahli gabungan atau pemberi lesennya. Anda tidak boleh menggunakan tanda dagangan tersebut tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada TORRAS Singapore. Nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk dan slogan Shopify ialah tanda dagangan Shopify. Semua nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk dan slogan lain dalam Perkhidmatan ialah tanda dagangan pemilik masing-masing.
SEKSYEN 7 - ALAT PILIHAN
Anda mungkin diberikan akses kepada alat pelanggan yang ditawarkan oleh pihak ketiga sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan, yang tidak kami pantau dan tidak berada di bawah kawalan atau pengaruh kami.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami memberikan akses kepada alat tersebut "seadanya" dan "sebagaimana tersedia" tanpa sebarang waranti, representasi atau syarat dalam apa jua bentuk serta tanpa sebarang pengendorsan. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan alat pihak ketiga pilihan oleh anda.
Sebarang penggunaan alat pilihan yang ditawarkan melalui laman web adalah atas risiko dan budi bicara anda sendiri sepenuhnya. Anda hendaklah memastikan bahawa anda memahami dan bersetuju dengan terma yang digunakan oleh penyedia pihak ketiga yang berkenaan untuk menawarkan alat tersebut.
Pada masa hadapan, kami juga mungkin menawarkan ciri baharu melalui Perkhidmatan, termasuk pelancaran alat dan sumber baharu. Ciri baharu tersebut juga akan dianggap sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan dan tertakluk pada Terma Perkhidmatan ini.
SEKSYEN 8 - PAUTAN PIHAK KETIGA
Perkhidmatan mungkin mengandungi bahan dan hiperpautan ke laman web yang disediakan atau dikendalikan oleh pihak ketiga, termasuk fungsi pihak ketiga yang dibenamkan. Kami tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan atau ketepatan mana-mana bahan atau laman web pihak ketiga yang anda pilih untuk akses. Jika anda memutuskan untuk meninggalkan Perkhidmatan bagi mengakses bahan atau laman pihak ketiga tersebut, anda berbuat demikian atas risiko sendiri.
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kemudaratan atau kerosakan yang berkaitan dengan akses anda kepada mana-mana laman web pihak ketiga, atau pembelian atau penggunaan mana-mana produk, perkhidmatan, sumber atau kandungan pada laman web pihak ketiga. Sila semak dasar dan amalan pihak ketiga dengan teliti dan pastikan anda memahaminya sebelum melakukan sebarang transaksi. Aduan, tuntutan, kebimbangan atau pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan pihak ketiga hendaklah ditujukan kepada pihak ketiga berkenaan.
SEKSYEN 9 - HUBUNGAN DENGAN SHOPIFY
TORRAS Singapore dikuasakan oleh Shopify, yang membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Walau bagaimanapun, sebarang jual beli yang anda lakukan di Kedai kami dibuat secara langsung dengan TORRAS Singapore. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa Shopify tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana aspek jualan antara anda dengan TORRAS Singapore, termasuk sebarang kecederaan, kerosakan atau kerugian akibat produk dan perkhidmatan yang dibeli. Dengan ini, anda secara jelas melepaskan Shopify dan ahli gabungannya daripada semua tuntutan, ganti rugi dan liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan pembelian dan transaksi anda dengan TORRAS Singapore.
SEKSYEN 10 - DASAR PRIVASI
Semua maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui Perkhidmatan tertakluk pada Dasar Privasi kami, yang boleh dilihat di sini, dan maklumat peribadi tertentu mungkin tertakluk pada Dasar Privasi Shopify, yang boleh dilihat di sini. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui bahawa anda telah membaca dasar privasi tersebut.
Oleh sebab Perkhidmatan dihoskan oleh Shopify, Shopify mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi tentang akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda untuk menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan bagi anda. Maklumat yang anda serahkan kepada Perkhidmatan akan dihantar dan dikongsi dengan Shopify serta pihak ketiga yang mungkin berada di negara selain negara tempat tinggal anda untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Sila semak Dasar Privasi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami, Shopify dan rakan kongsi kami menggunakan maklumat peribadi anda.
SEKSYEN 11 - MAKLUM BALAS
Jika anda menyerahkan, memuat naik, menyiarkan, menghantar melalui e-mel atau sebaliknya menghantar apa-apa idea, cadangan, maklum balas, ulasan, usul, rancangan atau kandungan lain (secara kolektif, "Maklum Balas"), anda memberikan kepada kami lesen yang berkekalan, seluruh dunia, boleh disublesenkan dan bebas royalti untuk menggunakan, menghasilkan semula, mengubah suai, menerbitkan, mengedar dan memaparkan Maklum Balas tersebut dalam apa-apa media untuk apa-apa tujuan, termasuk kegunaan komersial. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan hak kami di bawah lesen ini untuk mengendalikan, menyediakan, menilai, mempertingkatkan, menambah baik dan mempromosikan Perkhidmatan serta melaksanakan kewajipan dan menggunakan hak kami di bawah Terma Perkhidmatan.
Anda juga menyatakan dan menjamin bahawa: (i) anda memiliki atau mempunyai semua hak yang diperlukan terhadap semua Maklum Balas; (ii) anda telah mendedahkan sebarang pampasan atau insentif yang diterima berkaitan dengan penyerahan Maklum Balas anda; dan (iii) Maklum Balas anda akan mematuhi Terma ini. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk (1) merahsiakan Maklum Balas anda; (2) membayar pampasan bagi Maklum Balas anda; atau (3) membalas Maklum Balas anda.
Kami boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk, memantau, menyunting atau mengalih keluar Maklum Balas yang kami tentukan mengikut budi bicara mutlak kami sebagai menyalahi undang-undang, menyinggung perasaan, mengancam, memfitnah, berunsur lucah, tidak senonoh atau sebaliknya tidak wajar, atau yang melanggar harta intelek mana-mana pihak atau Terma Perkhidmatan ini.
Anda bersetuju bahawa Maklum Balas anda tidak akan melanggar mana-mana hak pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi, hak personaliti atau hak peribadi atau proprietari lain. Anda selanjutnya bersetuju bahawa Maklum Balas anda tidak akan mengandungi kandungan berunsur fitnah atau selainnya menyalahi undang-undang, kesat atau lucah, atau mengandungi virus komputer atau perisian hasad lain yang boleh menjejaskan pengendalian Perkhidmatan atau mana-mana laman web berkaitan. Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel palsu, menyamar sebagai orang lain atau sebaliknya mengelirukan kami atau pihak ketiga tentang asal usul mana-mana Maklum Balas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Maklum Balas yang anda berikan dan ketepatannya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang Maklum Balas yang disiarkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga.
SEKSYEN 12 - RALAT, KETIDAKTEPATAN DAN KETINGGALAN
Sesekali, mungkin terdapat maklumat pada atau dalam Perkhidmatan yang mengandungi kesilapan tipografi, ketidaktepatan atau ketinggalan berkaitan dengan perihalan produk, harga, promosi, tawaran, caj penghantaran produk, tempoh transit dan ketersediaan. Kami berhak membetulkan sebarang ralat, ketidaktepatan atau ketinggalan, serta mengubah atau mengemas kini maklumat atau membatalkan pesanan jika mana-mana maklumat tidak tepat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, termasuk selepas anda menyerahkan pesanan.
SEKSYEN 13 - PENGGUNAAN YANG DILARANG
Anda hanya boleh mengakses dan menggunakan Perkhidmatan untuk tujuan yang sah. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, secara langsung atau tidak langsung: (a) untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang atau berniat jahat; (b) untuk melanggar mana-mana peraturan, kaedah, undang-undang antarabangsa, persekutuan, wilayah atau negeri, atau ordinan tempatan; (c) untuk menceroboh atau melanggar hak harta intelek kami atau hak harta intelek orang lain; (d) untuk mengganggu, mendera, menghina, mencederakan, memfitnah, memburukkan, mengugut atau mencederakan mana-mana pekerja kami atau orang lain; (e) untuk menghantar maklumat palsu atau mengelirukan; (f) untuk menghantar, menerima dengan sengaja, memuat naik, memuat turun, menggunakan atau menggunakan semula apa-apa bahan yang tidak mematuhi Terma ini; (g) untuk menghantar atau mengatur penghantaran sebarang bahan pengiklanan atau promosi, termasuk "mel sampah", "surat berantai", "spam" atau sebarang permintaan serupa yang lain; (h) untuk menyamar atau cuba menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti lain; atau (i) untuk melakukan apa-apa tindakan lain yang menyekat atau menghalang penggunaan atau kenikmatan Perkhidmatan oleh sesiapa, atau yang pada pendapat kami boleh memudaratkan TORRAS Singapore, Shopify atau pengguna Perkhidmatan, atau mendedahkan mereka kepada liabiliti.
Selain itu, anda bersetuju untuk tidak: (a) memuat naik atau menghantar virus atau apa-apa jenis kod berniat jahat lain yang akan atau mungkin digunakan dengan cara yang menjejaskan fungsi atau pengendalian Perkhidmatan; (b) menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin, mengekstrak, menjual, menjual semula atau mengeksploitasi mana-mana bahagian Perkhidmatan; (c) mengumpul atau menjejaki maklumat peribadi orang lain; (d) menghantar spam, melakukan pancingan data, pharming atau menggunakan helah untuk memperoleh maklumat; (e) menggunakan mana-mana robot, perangkak web, alat pengumpulan dan pengekstrakan data, peranti atau proses automatik, alat AI (seperti AI berasaskan ejen), atau cara automatik atau manual untuk mengakses Perkhidmatan; atau (f) mengganggu, memintas atau mengelakkan ciri keselamatan atau kebenaran, pengepala pengecualian robot, atau langkah lain yang kami gunakan untuk mengehadkan sama ada dan cara Perkhidmatan boleh diakses. Kami berhak menggantung, menyahdayakan atau menamatkan akaun anda pada bila-bila masa tanpa notis jika kami menentukan bahawa anda telah melanggar mana-mana bahagian Terma ini.
SEKSYEN 14 - EJEN
14.1 Seksyen ini ("Terma Ejen") terpakai jika anda menggunakan, membenarkan, mendayakan atau menyebabkan penggunaan Ejen untuk mengakses, menggunakan atau berinteraksi dengan mana-mana Perkhidmatan. "Ejen" bermaksud mana-mana perisian atau perkhidmatan yang mengambil tindakan secara autonomi atau separa autonomi bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana individu atau entiti dan boleh dilaksanakan bagi pihak atau menggunakan peranti individu tanpa penyeliaan langsung.
14.2 Tiada Ejen boleh mengakses, menggunakan atau berinteraksi dengan Perkhidmatan melainkan ia pada setiap masa mengenal pasti dirinya dan beroperasi dengan mematuhi sepenuhnya keperluan dalam seksyen 14.4 di bawah. Selain itu, tiada Ejen boleh mengakses, menggunakan atau berinteraksi dengan Perkhidmatan jika kami telah meminta Ejen tersebut supaya tidak mengakses, menggunakan atau berinteraksi dengan mana-mana perkhidmatan.
14.3 Kami boleh mengehadkan, termasuk melalui langkah teknikal, sama ada dan cara mana-mana Ejen mengakses, menggunakan dan berinteraksi dengan Perkhidmatan.
14.4 Ejen mesti: (i) dalam semua permintaan HTTP/HTTPS, mengenal pasti bahawa permintaan tersebut datang daripada Ejen dan mendedahkan nama Ejen dengan memasukkan perkara berikut dalam rentetan ejen pengguna permintaan: "Agent/[agent name]"; (ii) tidak menyembunyikan atau mengaburkan bahawa sebarang akses, penggunaan atau interaksi datang daripada Ejen, seperti dengan (a) meniru tingkah laku dan corak interaksi manusia, atau (b) melengkapkan atau memintas CAPTCHA atau langkah yang bertujuan membezakan penggunaan komputer daripada manusia; (iii) menjawab dengan benar sebarang soalan atau gesaan yang bertujuan menentukan sama ada interaksi datang daripada manusia atau komputer; dan (iv) tidak memintas atau sebaliknya mengelakkan sebarang langkah yang bertujuan menyekat, mengehadkan, mengubah atau mengawal sama ada dan cara Ejen mengakses, menggunakan atau berinteraksi dengan Perkhidmatan.
SEKSYEN 15 - PENAMATAN
Kami boleh menamatkan perjanjian ini atau akses anda kepada Perkhidmatan, atau mana-mana bahagiannya, mengikut budi bicara mutlak kami pada bila-bila masa tanpa notis, dan anda akan kekal bertanggungjawab terhadap semua amaun yang perlu dibayar sehingga dan termasuk tarikh penamatan.
Seksyen berikut akan terus terpakai selepas sebarang penamatan: Harta Intelek, Maklum Balas, Penamatan, Penafian Waranti, Had Liabiliti, Indemniti, Kebolehpisahan, Penepian; Keseluruhan Perjanjian, Penyerahan Hak, Undang-undang Mentadbir, Dasar Privasi, dan mana-mana peruntukan lain yang mengikut sifatnya patut terus berkuat kuasa selepas penamatan.
SEKSYEN 16 - PENAFIAN WARANTI
Maklumat yang disampaikan pada atau melalui Perkhidmatan disediakan semata-mata untuk tujuan maklumat umum. Kami tidak menjamin ketepatan, kelengkapan atau kegunaan maklumat ini. Sebarang pergantungan anda pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya. Kami menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul daripada pergantungan pada bahan tersebut oleh anda, mana-mana pelawat Perkhidmatan yang lain atau sesiapa yang mungkin dimaklumkan tentang mana-mana kandungannya.
KECUALI SEPERTI YANG DINYATAKAN DENGAN JELAS OLEH TORRAS Singapore, PERKHIDMATAN DAN SEMUA PRODUK YANG DITAWARKAN MELALUI PERKHIDMATAN DISEDIAKAN "SEADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA" UNTUK KEGUNAAN ANDA, TANPA SEBARANG REPRESENTASI, WARANTI ATAU SYARAT DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK SEMUA WARANTI ATAU SYARAT TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI BOLEH DAGANG, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETAHANAN, HAK MILIK DAN KETIDAKLANGGARAN. KAMI TIDAK MENJAMIN, MENYATAKAN ATAU MEMBERI WARANTI BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA TIDAK AKAN TERGANGGU, TEPAT PADA MASANYA, SELAMAT ATAU BEBAS RALAT. SESETENGAH BIDANG KUASA MENGEHADKAN ATAU TIDAK MEMBENARKAN PENAFIAN WARANTI TERSIRAT ATAU WARANTI LAIN, MAKA PENAFIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.
SEKSYEN 17 - HAD LIABILITI
SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DALAM APA JUA KEADAAN TORRAS Singapore, RAKAN KONGSI, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, AHLI GABUNGAN, EJEN, KONTRAKTOR, PENYEDIA PERKHIDMATAN ATAU PEMBERI LESEN KAMI, ATAU PIHAK BERKENAAN DARIPADA SHOPIFY DAN AHLI GABUNGANNYA, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KECEDERAAN, KERUGIAN, TUNTUTAN ATAU APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, KHAS ATAU BERBANGKIT DALAM APA JUA BENTUK, TERMASUK TANPA HAD KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN SIMPANAN, KEHILANGAN DATA, KOS PENGGANTIAN ATAU APA-APA KERUGIAN SERUPA, SAMA ADA BERDASARKAN KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN MANA-MANA PERKHIDMATAN ATAU PRODUK YANG DIPEROLEH MELALUI PERKHIDMATAN, ATAU BAGI MANA-MANA TUNTUTAN LAIN YANG BERKAITAN DALAM APA JUA CARA DENGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU MANA-MANA PRODUK OLEH ANDA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA SEBARANG RALAT ATAU KETINGGALAN DALAM MANA-MANA KANDUNGAN, ATAU SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DALAM APA JUA BENTUK YANG DITANGGUNG AKIBAT PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU MANA-MANA KANDUNGAN (ATAU PRODUK) YANG DISIARKAN, DIHANTAR ATAU SEBALIKNYA DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN, WALAUPUN TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN TERSEBUT.
SEKSYEN 18 - INDEMNITI
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan melepaskan TORRAS Singapore, Shopify, serta ahli gabungan, rakan kongsi, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, kontraktor, pemberi lesen dan penyedia perkhidmatan kami daripada sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti atau tuntutan, termasuk fi guaman yang munasabah, yang perlu dibayar kepada mana-mana pihak ketiga disebabkan atau timbul daripada (1) pelanggaran Terma Perkhidmatan ini atau dokumen yang digabungkan melalui rujukan oleh anda, (2) pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda, atau (3) akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda.
Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang tuntutan yang boleh ditanggung rugi, dengan syarat kegagalan untuk memaklumkan dengan segera tidak akan melepaskan anda daripada kewajipan melainkan anda terjejas secara material. Kami boleh mengawal pembelaan dan penyelesaian tuntutan tersebut atas perbelanjaan anda, termasuk pemilihan peguam, tetapi tidak akan menyelesaikan sebarang tuntutan yang memerlukan kewajipan bukan kewangan daripada anda tanpa persetujuan anda, yang tidak boleh ditahan tanpa alasan munasabah. Anda akan bekerjasama dalam pembelaan tuntutan yang ditanggung rugi, termasuk dengan menyediakan dokumen yang berkaitan.
SEKSYEN 19 - KEBOLEHPISAHAN
Jika mana-mana peruntukan Terma Perkhidmatan ini ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, batal atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut masih boleh dikuatkuasakan setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, dan bahagian yang tidak boleh dikuatkuasakan akan dianggap dipisahkan daripada Terma Perkhidmatan ini. Penentuan tersebut tidak akan menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan lain yang masih kekal.
SEKSYEN 20 - PENEPIAN; KESELURUHAN PERJANJIAN
Kegagalan kami untuk menggunakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan Terma Perkhidmatan ini tidak akan menjadi penepian hak atau peruntukan tersebut.
Terma Perkhidmatan ini serta mana-mana dasar atau peraturan operasi yang kami siarkan di laman ini atau berkenaan dengan Perkhidmatan merupakan keseluruhan perjanjian dan persefahaman antara anda dengan kami, mengawal penggunaan Perkhidmatan oleh anda, dan menggantikan mana-mana perjanjian, komunikasi dan cadangan terdahulu atau semasa, sama ada secara lisan atau bertulis, antara anda dengan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana versi terdahulu Terma Perkhidmatan.
Sebarang kekaburan dalam tafsiran Terma Perkhidmatan ini tidak boleh ditafsirkan dengan memudaratkan pihak yang merangka.
SEKSYEN 21 - PENYERAHAN HAK
Anda tidak boleh mewakilkan, memindahkan atau menyerah hak Perjanjian ini atau mana-mana hak atau kewajipan anda di bawah Terma ini tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu, dan sebarang percubaan sedemikian akan menjadi batal dan tidak sah. Kami boleh memindahkan, menyerah hak atau mewakilkan Terma ini serta hak dan kewajipan kami tanpa persetujuan atau notis kepada anda.
SEKSYEN 22 - UNDANG-UNDANG MENTADBIR
Terma Perkhidmatan ini dan mana-mana perjanjian berasingan yang melaluinya kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda akan dikawal dan ditafsirkan menurut undang-undang Republik Singapura. Anda dan RUBIKSCUBESG PTE. LTD. bersetuju untuk tertakluk pada bidang kuasa eksklusif mahkamah Singapura.
SEKSYEN 23 - TAJUK
Tajuk yang digunakan dalam perjanjian ini disertakan untuk kemudahan sahaja dan tidak akan mengehadkan atau sebaliknya mempengaruhi Terma ini.
SEKSYEN 24 - PERUBAHAN KEPADA TERMA PERKHIDMATAN
Anda boleh menyemak versi terkini Terma Perkhidmatan pada bila-bila masa di halaman ini.
Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengemas kini, mengubah atau menggantikan mana-mana bahagian Terma Perkhidmatan ini dengan menyiarkan kemas kini dan perubahan di laman web kami. Anda bertanggungjawab untuk menyemak laman web kami secara berkala bagi mengetahui sebarang perubahan. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan material mengikut undang-undang yang berkenaan, dan perubahan tersebut akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis. Penggunaan atau akses berterusan anda kepada Perkhidmatan selepas perubahan kepada Terma Perkhidmatan ini disiarkan merupakan penerimaan terhadap perubahan tersebut.
SEKSYEN 25 - MAKLUMAT HUBUNGAN
Pertanyaan tentang Terma Perkhidmatan hendaklah dihantar kepada kami di service@torras.sg.
Maklumat hubungan kami disiarkan di bawah:
Nama kedai: TORRAS Singapore
Pengendali kedai: RUBIKSCUBESG PTE. LTD.
UEN: 202612684N
Pejabat berdaftar: 1 Paya Lebar Link, #04-01, Paya Lebar Quarter, Singapore 408533
E-mel: service@torras.sg
Telefon: +65 8710 3661